Friday, November 21, 2014

Nasyid feveret #1

destinasi cinta kita hanyalah satu. jom kita semua sama sama berlari ke destinasi cinta itu.
btw, tajuk "destinasi cinta" ni actually tajuk nasyid feveret hamba. nasyid ni dah lama actually, tapi baru bagi hamba. kat sini hamba share kan lirik and link utk semua hayati lagu ni.

Destinasi Cinta



Album :
Munsyid : Mestica

Menyingkap tirai hati
Mengintai keampunan
Di halaman subur rahmat-Mu, Tuhan
Tiap jejak nan bertapak
Debu kejahilan
Akan ku jirus dengan madu keimanan

Tak ternilai airmata dengan permata

Yang bisa memadamkan api neraka
Andai benar mengalir dari nasuha nurani
Tak kan berpaling pada palsu duniawi

Destinasi cinta yang ku cari
Sebenarnya terlalu hampir
Hanya kabur kerana dosa di dalam hati

Telah ku redah daerah cinta
Yang lahir dari wadah yang alpa
Tiada tenang ku temui
Hanya kecewa menyelubungi

C/O

Ku gelintar segenap maya
Dambakan sebutir hakikat
Untuk ku semai menjadi sepohon makrifat
Moga dapat ku berteduh di rendang kasih-Mu
Namun ranjaunya tidak akan sunyi
Selagi denyut nadi belum berhenti
Durjana syaitan kan cuba menodai
Segumpal darah bernama hati
(Destinasi cinta Ilahi)

Lestarikan wadi kalbuku, oh Tuhanku

Leraikan aku dari pautan nafsu
Biarpun sukar bagiku melamar redha-Mu
Namun masihku mengharap ampunan-Mu
Wahai Tuhanku? Ya Allah?

Lagu : Abai Os (Hijjaz Records Sdn. Bhd.)
Lirik : Frizdan (Hijjaz Records Sdn. Bhd.)
Hakcipta : Hijjaz Records Sdn. Bhd.

Thursday, November 20, 2014

dunia kini dunia THE MATRIX

hidup kita kat dunia sekarang ni, zaman ni boleh nak disamakan jugak macam citer 'The Matrix'. dunia yg di-pengakhiran dan semua manusia lena dibuai mimpi indah. cuma beberapa kelompok je yang tersedar. manusia ni pulak umpama NEO atau karakter2 lain. powernye kita boleh buat apa jer yang kita inginkan as long as kita nak, tapi kita kna la tau membezakan apa yg betul dgn yg maya.


hamba di sini

setiap manusia yang diciptakan di muka bumi ini adalah bukti kekuasaan DIA yg maha ESA. kita semua hamba NYA yg wajib bg kita mendambakan diri kita pada NYA. tetapi bukan semua dari kita yg sedar akan kewajipan ini. kadang kita terleka, hanyut dan terus hanyut. ada yg terjaga dan berusaha untuk kembali dan ada yg mmg dah berada di arus yg betul dari awalnya.